Wednesday 10 May 2017

★blackcoffee25★



PENCEMARAN ALAM


Maksud pencemaran:
Menurut Kamus Dewan Dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dengan sampah sarap.

Terdapat pelbagai cara pencemaran berlaku. Ia terbahagi kepada dua penyebab utama iaitu:



=FAKTOR SEMULAJADI
-Pencemaran yang berlaku dengan cara semula jadi seperti gempa bumi,tsunami,letusan gunung berapi dan lain-lain.

 
=FAKTOR MANUSIA
-Pencemaran yang dilakukan oleh manusia dengan cara sengaja atau pun tidak sengaja.Contohnya:

 
PENCEMARAN UDARA


pembakaran hutan
asap rokok
asap kenderaan 

 



Udara dicemari oleh gas-gas beracun, zarah-zarah halus yang terperangkap hasil dari asap kenderaan serta jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka.

 
Punca-punca pencemaran udara
-Pembakaran terbuka, pelepasan partikel jelaga yang terlalu banyak.
-Aktiviti harian yang melibatkan pengunaan gas CFC.
-Kenderaan bermotor yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida dan cfc ke udara.
-Penjana kuasa.
-Aktiviti perindustrian dan perkilangan.




 
PENCEMRAN AIR
sampah sarap di sungai


sisa kilang


Contohnya, pembuangan air kumbahan,sisa-sisa bahan kimia,haba,pembentungan sampah dan lain-lain.

 
Punca-punca pecemaran air
-PERKILANGAN: Membuang bahan buangan toksik.
-PERTANIAN: Hujan yang turun membahawa bahan kimia racun seranggan ke dalam sungai.
-MAKMAL&HOSPITAL:Membuang bahan ujian radioaktif ke  dalam sungai.
-KITA:Membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai.
-PERLOMBONGAN :Kerja cari memnyebabkan tumpahan minyak.

PENCEMARAN TANAH






Contohnya, pemusnahan hutam akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal.
 
Punca-punca pecemaran tanah
-Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan lain-lain.
-Penggunaan racun serangga secara berluluasa.
-Pembuangan sampah merata-rata.



JENIS-JENIS INDUSTRI YANG MEMBAHAYAKAN ALAM 
 
INDUSTRI KIMIA

 -Industri kimia melepaskan pencemaran yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur yang boleh menyebabkan pencemaran kepada udara dan air.


 
INDUSTRI PERKILANGAN & PEMBUATAN

 -Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarb
ton.

-Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasikan sisa-sisa toksik(beracun) seperi bahan buangan radioaktif dan merkuri.


 
INDUSTRI PERTANIAN

-Penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam mengacam keselamatan alam sekitar.Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk rantai makanan dan memusnahkan rantai makanan tersebut.


 
Tahniah…!Kita menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan alam sekitar…

PENGUNAAN gas CFC
 
Kloroflorokarbon(CFC) adalah bahan yang stabil dikenali dengan nama amfreon.Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.

 
Selain itu,CFC digunakan dalam peti sejuk,penghawa dingin dan pelbagai lagi.Selain bahan rejan pembentukan buih dan alat pemadam api, didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.

 
Oleh sebab demikian, sumber alternatif harus digunakan untuk mengantikan kloroflorokarbon(CFC) dengan hidrokloroflorokarbon(HCFC).


KESAN PENCEMARAN ALAM
   
Mengancam kesihatan manusia.
-Kesihatan manusia terjejas.

 
Pengeluaran gas monoksida.
-sejenis gas beracun dan boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup.
-boleh terhasil daripada penggunaan kenderaan bermotor iaitu plumbum sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya bagi kanak-kanak.
-pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan kebas-kebas,sakit kepala,kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul.
 
Mengancam tumbuhan dan haiwan.
-membunuh organisma laut yang berada di perairan cetek iaitu daripada tumpahan minyak.

 
PELESTARIKAN ALAM DARI KEMUSNAHAN


SEKOLAH LESTARI
Definisi sekolah lestari
-Membudayakan pendidikan alam sekitar
- menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan,kurikolum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras.

 
KONSEP 3R

Apa itu kitar semula?

=Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk digunakan semula.


Kaca




Semua jenis kaca termasuk botol minuman,bekas makanan, botol vitamin  dan bekas kosmetik mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.


Aluminium dan plastik



Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin minuman,tin makanan dan lain-lain.Plastik pula beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat,botol air mineral dan bekas makanan boleh dikitar semula.Semua bahan tersebut perlu dimasukkan ke dalam tong yang berwarna jingga.


 
Kertas




Semua jenis kertas sama ada berwarna atau tidak berwarna seperti surat khabar, majalah lama , buku dan lain-lain dapat dikitarsemula hanya perlu dimasukkan ke dalam tong biru.



KESIMPULAN

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , Kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.